love


Monday 30 January 2012

PENGUMUMAN :-

Salam/Hai semua,

Semoga kalian yang membaca blog saya, sihat dan sukses hendaknya.
CTCRAFT4u akan berehat/tidak aktif dari sebarang aktiviti di blog atau di FB selama 2 minggu.

Tetapi kami masih aktif berniaga seperti biasa.

Sekarang poly felt ada 55 warna semuanya. Sila rujuk "felt code" ye..
Jadi,diharap kepada sesiapa yang hendak membeli felt atau bahan-bahan kraf yang lain, sudilah kiranya telefon atau sms kami di 017-2723095.
Kerjasama yang kalian berikan amat kami hargai dn diucapkan jutaan terima kasih!

Monday 16 January 2012

Promosi CNY 2012!!!

Salam/hi,

-Promosi Tahun Baru Cina 2012 -

Dapatkan PENGHANTARAN PERCUMA dengan pembelian semua color poly felt (54 colors) saiz 23 x 26cm dengan hanya RM54 sahaja!!!!  untuk SEMENANJUNG M'SIA SAHAJA.
Sabah dan Sarawak kena tambah RM5.

Promosi sah dari 20 - 25 hb Januari.
Semua penghantaran hanya akan di buat selepas 25hb ye...
Sila order dan bayar dahulu untuk promosi kali ini.
Booking yang tidak dibayar sehingga 11malam 25hb akan dibatalkan.

Sila email ctcraft4u@yahoo.com.my atau sms 017-2723095 untuk order/booking.

Terima kasih.

Happy crafting!!!

3 COLOR BARU


R08/P07/P08
*** 3 color baru ni dah termasuk dalam pakej 54pcs ye..:))



Sunday 1 January 2012

Dalam Kenangan...

Tanggal 30 Disember 2011....
Selepas menunaikan solat zohor, saya menerima panggilan telefon dari jauh...
ZARIF AIDAN... baby yang saya pernah jaga..walaupun hanya untuk 20 hari cuma...
Yang saya susui walau pun tak sampai lima kali...
Yang pusatnya tanggal ketika dalam jagaan saya...
Yang saya cukurkan rambutnya buat pertama kali...
Yang telah saya anggap sebagai anak sendiri...
Telah pergi buat selamanya...
Terima kasih buat kanda yang mempercayai saya untuk menjaga Zarif Aidan,
biarkan pun seketika cuma...
Terima kasih Zarif Aidan kerana menceriakan kari hari kami...
Tak pernah sekelumit pun kami susah kerana mu...
Kerana kasih kami ikhlas untuk mu...
Terima kasih Ya Allah atas pinjaman Mu itu.
Aku redha...
Dan akan sentiasa berdoa untuk mu, ZARIF AIDAN.


 nama manja..-zoro-

 hari pertama bersama kami...
 dakapan terakhir...
 hensem kan?....

Kami sentiasa mengingati mu...
Zarif Aidan pergi kerana jangkitan kuman dalam darah.
Telah meninggal dan bersemadi di Islamabad,Pakistan.
Al-Fatihah...