love


Sunday 1 January 2012

Dalam Kenangan...

Tanggal 30 Disember 2011....
Selepas menunaikan solat zohor, saya menerima panggilan telefon dari jauh...
ZARIF AIDAN... baby yang saya pernah jaga..walaupun hanya untuk 20 hari cuma...
Yang saya susui walau pun tak sampai lima kali...
Yang pusatnya tanggal ketika dalam jagaan saya...
Yang saya cukurkan rambutnya buat pertama kali...
Yang telah saya anggap sebagai anak sendiri...
Telah pergi buat selamanya...
Terima kasih buat kanda yang mempercayai saya untuk menjaga Zarif Aidan,
biarkan pun seketika cuma...
Terima kasih Zarif Aidan kerana menceriakan kari hari kami...
Tak pernah sekelumit pun kami susah kerana mu...
Kerana kasih kami ikhlas untuk mu...
Terima kasih Ya Allah atas pinjaman Mu itu.
Aku redha...
Dan akan sentiasa berdoa untuk mu, ZARIF AIDAN.


 nama manja..-zoro-

 hari pertama bersama kami...
 dakapan terakhir...
 hensem kan?....

Kami sentiasa mengingati mu...
Zarif Aidan pergi kerana jangkitan kuman dalam darah.
Telah meninggal dan bersemadi di Islamabad,Pakistan.
Al-Fatihah...

No comments:

Post a Comment